Friday, October 18, 2013

Seperjalanan pulang

Mungkin ada masa tuhan buat kita jatuh cinta
bukan untuk smapai ke penghujungnya ,
tapi untuk menimba pengalamannya

- Wani Ardy


Seperjalanan pulang dari kelantan ke johor bahru ;

Leka aku meratah Langit Vanilla - karya Wani Ardy. Kadang terkedu, terobek, sentap. Baca 1 cerita, termenung 10minit tapi hati tetap kental mahu terus baca dan baca. Sdg menelaah teringat aku sesuatu


Aku mahu kahwin dgn Sang A.
Tapi aku mahu bercinta dgn Sang B

- Diana Hady


Tergelak Q, N dan A-  (roomate ku di matrikulasi) mendengar. Apa aku silap cakap ke? E- (roomateku di uitm kini) juga terkedu mendengar perihal ini. 'Kau ni gila, mcm statement gila kau'. Eh silap ke? Apa tak boleh ke mcm tu? Jgn fikir kita terlalu muda utk berfikir soal jodoh sedang kita tahu 2benda yg tak menunggu persediaan kita adalah jodoh dan mati, Subhanallah


Berjeda aku sebentar, dgn logikal, mana mungkin aku mampu mengahwini sang A sedangkan aku sdg mencintai sang B. Hebat sgt ke aku sampai sang A nak kahwin dgn aku yg cintakan sang B. Ye tak ya juga ekh. Mana mungkin !


Tapi mmg impian aku sebegitu. Mgkin mereka tafsirkan bercinta utk mencintai atau apa. Sedang yg aku maksudkan berkawan. Silap aku juga guna perkataan 'bercinta' harharhar. Kau tahu apa logikal nya kat sini, aku mahu berkawan dgn sang B dan kutip sebanyak mungkin pengalaman supaya aku boleh gunakan semuanya bersama sang A. Tak adil bukan bagi sang B ?


Kau tahu knp? instinct aku rasakan sesuatu dan bila aku bagitahu semua org tak percaya. Katanya aku terlalu jauh berfikir. Kau tahu aku jumpa apa bbrp hari yg lalu di laman sosial :

Aku taknak die jadi ipar aku. He desrerve better.

- Seseorang 


Tidaklah setepek ayatnya seperti ini tapi membawa maksud yg sama. Kau agak siapa dia? Kalau dia bukan org yg berpengaruh dgn sang A tidaklah aku sentap gila ghaban skrg ni ha ha ha so kita boleh judulkan ini apa ; cinta terhalang / cinta 2darjat / cinta tak berpenghujung atau apa? dah mcm tajuk drama pula kan Eh dalam realiti pun tak salah kte berdrama ! 


Kalaulah keputusan yg kita buat dlm dunia ni tidak libatkan sesiapa, cuma diri kita senang aje ceritanya. ini melibatkan bnyk org. Terutama keluarga, Boleh baca sebenarnya harapan mama. Cuma tak mampu lg nak tunaikan. Jauh lagi perjalanan. Hai lah dunia. Rumit betul nak faham isi dalamnya

Kata pensyarah aku di Melaka ;

When there is no jodoh, then no jodoh

- Mr. Affandi



Honda Biru,
2013

Nuffnang Ads